Thursday 8 September 2016

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2016 SJKC Pay Chee

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2016 telah diadakan pada 15 Ogos yang lalu. Semua murid berkumpul di dewan bermula jam 7.30 pagi. 

Murid-murid dan semua guru menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Melaka, Lagu Jalur Gemilang dan Lagu Tanggal 31 Ogos. Bendera Malaysia diberikan kepada setiap murid. Kibaran bendera berserta lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos memberikan semangat kepada semua murid. Sahutan 'Merdeka!' sebanyak 3 kali diketuai oleh guru dan disahut oleh semua murid dan guru. 

Murid-murid PPKI turut sama menyertai semua aktiviti termasuklah perarakan kemerdekaan. Guru kelas dan PPM turut serta membawa mereka ke luar dari kawasan sekolah. 

Mari lihat gambar yang sempat diambil semasa Sambutan Hari Kebangsaan SJKC Pay Chee kali ini.