Sunday 27 November 2016

Hari Perpisahan Tahun 6 & Penyampaian Hadiah

Pada 23 November yang lalu, sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan murid Tahun 6 dan Penyampaian Hadiah Akhir Tahun murid-murid perdana. Murid Prasekolah juga turut menerima sijil dengan memakai jubah konvokesyen mereka. Majlis bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari. Murid PPKI juga tidak terkecuali. Boon Yi Qin dan Nguan Jia Wei masing-masing akan menamatkan persekolahan mereka dan akan memasuki Tingkatan 1 di sekolah lain yang berasingan. Selain itu, Lam Jun Kai juga akan berpindah. Mari lihat gambar sekitar majlis berlangsung. 

Murid Tahun 6 bergambar bersama Guru Besar & AJK PIBG

Persembahan nyanyian Murid tahun 6


Tak sangka Nguan Jia Wei memberi komitmen sepenuhnya semasa bersalaman dengan semua warga sekolah.

Boon Yi Qin dan Nguan Jia Wei bersama ibu mereka.

Tak terkecuali bersalaman dengan murid tahun 4 dan 5.

Yi Qin sempat tengok kamera. 

Walaupun tak sempat hadiri reheasel, Jia Wei masih boleh sertai persembahan dengan baik.
Woon Kai Xin, Nguan Jia Wei & Boon Yi Qin menerima hadiah masing-masing.

Seperti sedia maklum, Lam Jun Kai juga akan berpindah ke sekolah di Singapura kerana keluarganya akan berpindah dan menetap di sana. Ibunya telah menyediakan Birthday-Farewell Party untuknya di kelas PPKI. Dia kelihatan sangat gembira & teruja. Kami berfikir, tahun 2017 tanpa Lam Jun Kai, tenang atau sunyi? Jawapannya hanya kami yang tahu. Hehehe~ 

Kelihatan gembira & bersemangat mereka kan? 
Semoga awak success Lam Jun Kai. Happy Birthday! 

Semoga tahun 2016 membawa sejuta kenangan untuk semua murid dan guru PPKI. :)



Wednesday 19 October 2016

Projek Kraftangan bersama Yun House Melaka

Berikut adalah kraftangan seterusnya yang ingin dikongsikan bersama....


Bahan yang dibeli daripada DIY store iaitu bingkai gambar diperbuat daripada kayu nipis yang boleh diwarnakan.


Murid mula mewarnakan gambar menggunakan pensil warna.




Hasil kerja murid yang akan diletakkan di rak kraftangan.



Sekian untuk update kali ini~

Thursday 6 October 2016

 Hari Sukan & Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah

SJKC Pay Chee, Pulau Sebang, Melaka

6 Oktober 2016

Barisan pertama Rumah Merah 
Barisan kedua Rumah Kuning


Barisan ketiga Rumah Biru


Murid PPKI Lam Jun kai dan Lee Hae Bao menyertai Rumah Biru
Rumah Keempat Rumah Hijau
Ucapan Guru Besar dan Pengerusi PIBG serta lafaz ikrar Hari Sukan
Acara sukaneka murid PPKI iaitu membawa bola pingpong dalam sudu



Kemenangan keseluruhan oleh Rumah Merah

Murid PPKI Woon Kai Xin dan Boon Yi Qin memenangi pertandingan mewarna


Acara memotong kek dan menyanyikan lagu Hari Kanak-Kanak
Majlis berakhir pada jam 1.35 petang dan murid-murid pulang bersama 'gift bag' dan sumbangan makanan daripada Marrybrown. 






Wednesday 5 October 2016

Projek Kraftangan bersama Yun House Melaka

Berikut adalah kraftangan yang seterusnya ingin dikongsikan hasil daripada aktiviti murid-murid PPKI. 

Murid mewarnakan lukisan di kertas A4 yang akan dilipat dibahagian tengahnya.



Lukisan yang telah siap diwarna dan kertas dilipat. Lukisan akan kelihatan seperti memakan lobak dengan giginya yang besar dan tajam.

Seterusnya, murid membuat pula kad muffin. Bahan-bahan telah diberikan kepada setiap murid iaitu....


Bahan yang telah siap untuk ditampal dan gam UHU

Guru kraf menunjukkan cara melekatkan muffin dengan betul.

Hasil kerja murid-murid

Sekian saja untuk update kali ini~ TQVM !

 

Thursday 8 September 2016

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2016 SJKC Pay Chee

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2016 telah diadakan pada 15 Ogos yang lalu. Semua murid berkumpul di dewan bermula jam 7.30 pagi. 

Murid-murid dan semua guru menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Melaka, Lagu Jalur Gemilang dan Lagu Tanggal 31 Ogos. Bendera Malaysia diberikan kepada setiap murid. Kibaran bendera berserta lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos memberikan semangat kepada semua murid. Sahutan 'Merdeka!' sebanyak 3 kali diketuai oleh guru dan disahut oleh semua murid dan guru. 

Murid-murid PPKI turut sama menyertai semua aktiviti termasuklah perarakan kemerdekaan. Guru kelas dan PPM turut serta membawa mereka ke luar dari kawasan sekolah. 

Mari lihat gambar yang sempat diambil semasa Sambutan Hari Kebangsaan SJKC Pay Chee kali ini.








Wednesday 24 August 2016

Let us be grateful to people who make us HAPPY, they are the charming gardeners who make our souls blossom~










Projek Kolaborasi Kraftangan Bersama Yun House, Melaka

Berikut adalah kraftangan yang seterusnya ingin dikongsikan hasil daripada aktiviti murid-murid PPKI. 

Dwarf Shoes
Span yang dimasukkan ke dalam stokin hingga penuh dan dimasukkan pula botol kaca. Gam kan disekeliling botol kaca supaya lekat bersama stokin dan tidak terbuka.

Cartoon stick 
Kad kartun yang telah siap hanya perlu dicantumkan dan dilekatkan dengan batang aiskrim.

Hasil kerja Nguan Jia Wei

Sekian saja untuk update kali ini~ TQVM