Tuesday 26 April 2016

HaPpY BiRtHDay BooN Yi QiN !!!! :)

生日快乐
4 ApRiL 2004
Be A GooD BoY
&
HaPpY aLwaYs





Thursday 21 April 2016

Projek Kolaborasi Kraftangan 3 bersama Yun House 

Isnin minggu pertama bulan April telah diisikan dengan kraftangan menarik daripada guru Yun House kita iaitu Puan Lye Peck Yoong. 

Kraftangan kali ini merupakan kad magnet dan kad Hari Ibu. 

Mari lihat dokumentasi gambar yang disediakan~ 

Bahan-bahan yang digunakan iaitu kad magnet Mothers Day dan reben merah

Murid diminta menulis nama masing-masing dan melekatkan reben merah tersebut diatas kad magnet. 



Kad magnet Hari Ibu yang telah siap...

Seterusnya, murid juga dapat membuat Kad Hari Ibu. 


Puan Lye memberi murid peluang mencuba sendiri menggunakan peralatan kraf. Hiasan bahagian hadapan kad menggunakan tanah liat khas.



Hasil kesemua kad murid-murid PPKI. 

Sekian untuk update kali ini~ 


Wednesday 13 April 2016

Lawatan ke Kg Machap Baru

Selepas melawat PPKI SJKC Machap Baru pada 30 Mac yang lalu, aktiviti lawatan diteruskan ke Masjid Machap, Kilang Roti Kok dan Kedai Kuih Pau bertempat di sekitar Pekan Machap Baru, Melaka. 

>>>Sedikit catatan mengenai Masjid Lama Machap.

Tapaknya mula didirikan Masjid pada tahun 1511 setelah serangan kedua Portugis menjajah Melaka. Tok Machap telah terlepas daripada serangan menyusuri Sungai Anak Air Pasir ketika ribut banjir berlaku. Perahunya telah tersadai di atas sebuah bukit lalu Tok Machap telah mendirikan Solat dan merasakan tapak di atas bukit sesuai dijadikan Mercu tanda pembukaan Kg Machap.

Pada Tahun 1865 pembinaan semula telah dijalankan hasil daripada kutipan masyarakat cina untuk  mendirikan Masjid daripada binaan Batu. Terdapat mural lukisan di dinding masjid dan bumbung daripada terracota daripada negeri China.Dimaklumkan oleh Mi Majeed AL Fatani : Semua makam yang ada di kawasan masjid adalah daripada  kerabat  Dato Machap dan pengikutnya.termasuk yang di bahagian belakang masjid.  Laksamana Cheng Ho dan pengikut puteri Hang Li Po pernah  berkampong di situ ketika Portugis menyerang melaka pada ketika itu.Masjid ini terletak di tepi Empangan tasik Durian Tungal.Difahamkan di tasik ini adalah perkampungan asal yang telah musnah akibat daripada pembinaan Tadahan Air empangan. Ketika musim kemarau melanda negeri Melaka kelihatan tiang2 rumah timbul daripada dasar empangan. Tapi kini masjid ini tidak berfungsi terbuka tempat bersembahyang kepada penduduk. Ianya telah menjadi WARISAN - Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada tahun 2005.

Mari lihat dokumentari bergambar yang sempat diambil oleh PPM. 

Empangan Machap

Ibu dan murid-murid mendengar penerangan mengenai empangan tersebut

Masjid Lama Machap

Bahagian hadapan masjid lama yang sedang dinaiktaraf.

Selepas melawat Masjid Lama Machap, kami dibawa ke Kilang Roti Kok dan Kedai Pau di Kampung Machap Baru. 

Kilang Roti Kok 

Ketuhar yang digunakan untuk membakar roti kok.

Sekian saja untuk update kali ni, terima kasih~ ^^

Monday 11 April 2016

Lawatan ke SJKC Machap Umboo~ 

30 Mac yang lepas, kelas PPKI SJKC Pay Chee telah berkunjung ke SJKC Machap Umboo untuk melawat kelas Pendidikan Khas Integrasi di sana.

Lawatan ini disertai oleh murid-murid PPKI bersama ibu masing-masing yang diiringi Guru Penyelaras Cikgu Chan Jia Min dan Cikgu Tan Chai Kean serta PPM. Guru besar, Puan Ng Siok Chin juga berkesempatan meluangkan masa menyertai lawatan ini. 

Perjalanan selama 40 minit berjalan lancar. Setibanya di bangunan PPKI SJKC Machap Umboo, kami disambut oleh Guru Penyelarasnya Encik Kuek Chin Koon dan Cik Pang Chia Min serta 2 orang PPM iaitu Encik Faiz dan Cik Syasya. 

Kedatangan kami disambut oleh Penyelaras En.Kuek Chin Koon dan murid-muridnya.

Kelas PPKI ini mempunyai sebuah bangunan 4 buah bilik darjah,2 bilik mandi, 2 tandas dan sebuah bilik masakan. Amat selesa dan berupaya memenuhi keperluan muri-murid disini. Antara masalah pembelajaran yang ada di sini ialah slow leaner, autism, hyperactive (adhd), syndrome down, dan cruzon syndrome. 
Nguan Jia Wei dan rakan-rakan Machap Umboo.
Apa yang menariknya tentang PPKI SJKC Machap Umboo ini ialah ia mempunyai bilik darjah yang kondusif, sudut rancangan pendidikan dan mini perpustakaannya sendiri. Malah mereka juga memiliki sebuah bilik terapi sensori. 
Bilik Terapi Sensori
Penerangan diberikan oleh Penyelaras.
Murid-murid tidak melepaskan peluang mencuba peralatan yang ada.




Jamuan yang disediakan oleh ibubapa SJKC Machap Umboo. 

Pn Ng Siok Chin menyerahkan cenderahati sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima lawatan dari kami.

Gambar kenangan daripada kesemua murid dan guru kedua-dua buah sekolah. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada PPKI SJKC Machap Umboo kerana telah menerima lawatan daripada kami. Diharapkan agar PPKI SJKC Pay Chee dan SJKC Machap Umboo dapat bersama-sama melahirkan insan istimewa yang berguna kepada negara.