Sunday 25 February 2018

Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini diadakan pada 21 Februari 2018. Sambutan pada kali paling meriah dan murid-murid sangat gembira. Banyak aturcara telah diadakan seperti Persembahan Tarian Singa, persembahan nyanyian dan tarian serta lakonan daripada murid-murid SJKC Pay Chee. 3 orang murid PPKI juga turut membuat persembahan. Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi di dewan. Turut dijemput, LPS & PIBG sekolah serta ibubapa. Berikut disertakan gambar sekitar majlis berlangsung. 


























Aktiviti Membuat Kad Tahun Baru Cina

Sempena perayaan Tahun Baru Cina pada kali ini, kelas PPKI akan menjalankan aktiviti membuat kad. Kad-kad ini akan diberikan kepada semua guru di sekolah. Murid telah berjaya membuat sendiri kad tersebut yang dibimbing oleh guru. Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan. 








Kami warga SJKC Pay Chee mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Cai ! 


Thursday 1 February 2018

Aktiviti Membuat Hiasan Tahun Baru Cina 

SJKC Pay Chee 2018

Pada Rabu 31 Januari 2018, murid PPKI bersama semua murid perdana telah menjalankan aktiviti membuat hiasan sempena Perayaan Tahun Baru Cina. Pihak sekolah dan PIBG telah menyediakan peralatan dan bahan untuk diberikan kepada semua murid. Aktiviti diadakan di Dewan Terbuka SJKC Pay Chee selepas waktu rehat. Semua murid dan guru bersama-sama telah berjaya menjalankan aktiviti ini. 









Aktiviti PPKI : Membuat Biskut Germany & Jualan Biskut 

Pada 30 Januari 2018, murid PPKI dan guru matapelajaran Kemahiran Hidup, Cikgu Jasmine telah menjalankan aktiviti membuat biskut. Aktiviti kali ini ditambah pula dengan aktiviti jualan oleh murid PPKI kepada murid perdana dan guru.