Sunday 27 November 2016

Hari Perpisahan Tahun 6 & Penyampaian Hadiah

Pada 23 November yang lalu, sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan murid Tahun 6 dan Penyampaian Hadiah Akhir Tahun murid-murid perdana. Murid Prasekolah juga turut menerima sijil dengan memakai jubah konvokesyen mereka. Majlis bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari. Murid PPKI juga tidak terkecuali. Boon Yi Qin dan Nguan Jia Wei masing-masing akan menamatkan persekolahan mereka dan akan memasuki Tingkatan 1 di sekolah lain yang berasingan. Selain itu, Lam Jun Kai juga akan berpindah. Mari lihat gambar sekitar majlis berlangsung. 

Murid Tahun 6 bergambar bersama Guru Besar & AJK PIBG

Persembahan nyanyian Murid tahun 6


Tak sangka Nguan Jia Wei memberi komitmen sepenuhnya semasa bersalaman dengan semua warga sekolah.

Boon Yi Qin dan Nguan Jia Wei bersama ibu mereka.

Tak terkecuali bersalaman dengan murid tahun 4 dan 5.

Yi Qin sempat tengok kamera. 

Walaupun tak sempat hadiri reheasel, Jia Wei masih boleh sertai persembahan dengan baik.
Woon Kai Xin, Nguan Jia Wei & Boon Yi Qin menerima hadiah masing-masing.

Seperti sedia maklum, Lam Jun Kai juga akan berpindah ke sekolah di Singapura kerana keluarganya akan berpindah dan menetap di sana. Ibunya telah menyediakan Birthday-Farewell Party untuknya di kelas PPKI. Dia kelihatan sangat gembira & teruja. Kami berfikir, tahun 2017 tanpa Lam Jun Kai, tenang atau sunyi? Jawapannya hanya kami yang tahu. Hehehe~ 

Kelihatan gembira & bersemangat mereka kan? 
Semoga awak success Lam Jun Kai. Happy Birthday! 

Semoga tahun 2016 membawa sejuta kenangan untuk semua murid dan guru PPKI. :)