Thursday 16 March 2017

Program Inklusif Terapi Pergerakan Kreatif

Anjuran Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Dengan Kerjasama Institut Seni Malaysia Melaka

Pada 16 Mac 2017, PPKI SJKC Pay Chee telah mengambil bahagian dengan menghantar 2 orang murid, iaitu Ng Choon Hong & Woon Kai Xin 

 ke program terapi ini bersama guru pengiring Cikgu Jasmine dan PPM. Program diadakan di Dewan SMK Kampung Gelam bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Kali ini murid mempelajari 2 lagi pergerakan yang baru. Murid juga diminta memakai topi ayam jantan yang perlu dibuat atas kreativiti masing-masing. Selain itu, murid juga perlu mempunyai satu gelung, 2 pom-pom tarian (diperbuat daripada suratkhabar) , 2 shaker (tin kosong diisi pasir atau batu) yang semuanya adalah DIY sahaja. Dewan yang penuh menunjukkan penyertaan memberangsangkan daripada sekolah-sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka. Dianggarkan seramai 300 orang murid mengikuti program ini. Murid-murid memberi kerjasama yang baik sepanjang program berjalan. 









Tuesday 7 March 2017

Lawatan Ke A Famosa Waterworld anjuran Kelab Rotary Tampin

Setiap tahun, Kelab Rotary Tampin akan menjemput murid PPKI SJKC Pay Chee untuk lawatan kanak-kanak istimewa. Jemputan juga termasuk 10 buah PDK sekitar Negeri Sembilan  dan 3 sekolah yang mempunyai kelas PPKI. Hanya 2 daripada 4 orang murid yang dapat menyertai lawatan pada kali ini. Murid dijemput oleh ibu masing-masing selepas waktu rehat dan bertolak ke A Famosa Waterworld dalam 15 minit perjalanan. Guru kelas dan PPM juga turut serta. Kami tiba di lokasi jam 11.15 pagi. Setelah mendapat tiket dan bekalan makanan, murid terus masuk untuk bermain air bersama keluarga masing-masing. 






Thursday 2 March 2017

Aktiviti Kelas : Membuat Roti Telur

Aktiviti kelas yang seterusnya ialah memasak roti telur. Bahan yang digunakan adalah ringkas iaitu beberapa keping roti, 2 biji telur dan majerin untuk menggoreng. Guru membimbing dan memantau murid menggunakan perkakas dapur untuk menggoreng roti.