Program Inklusif Terapi Pergerakan Kreatif
Anjuran Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Dengan Kerjasama Institut Seni Malaysia Melaka
Pada 16 Mac 2017, PPKI SJKC Pay Chee telah mengambil bahagian dengan menghantar 2 orang murid, iaitu Ng Choon Hong & Woon Kai Xin
ke program terapi ini bersama guru pengiring Cikgu Jasmine dan PPM. Program diadakan di Dewan SMK Kampung Gelam bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Kali ini murid mempelajari 2 lagi pergerakan yang baru. Murid juga diminta memakai topi ayam jantan yang perlu dibuat atas kreativiti masing-masing. Selain itu, murid juga perlu mempunyai satu gelung, 2 pom-pom tarian (diperbuat daripada suratkhabar) , 2 shaker (tin kosong diisi pasir atau batu) yang semuanya adalah DIY sahaja. Dewan yang penuh menunjukkan penyertaan memberangsangkan daripada sekolah-sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka. Dianggarkan seramai 300 orang murid mengikuti program ini. Murid-murid memberi kerjasama yang baik sepanjang program berjalan.
No comments:
Post a Comment