Tuesday 28 February 2017

Program Inklusif Terapi Pergerakan Kreatif

Dengan Kerjasama Institut Seni Malaysia Melaka

23 Februari yang lalu, PPKI SJKC Pay Chee telah mengambil bahagian dengan menghantar seorang murid, iaitu Ng Choon Hong ke program terapi ini bersama guru pengiring Cikgu Jasmine. Program diadakan di Dewan SMK Kampung Gelam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. 











Tuesday 21 February 2017

Aktiviti Sekolah: Pertandingan Merentas Desa 

Pada 17 Februari yang lalu, sekolah telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa bagi tahun 2017. Semua murid termasuk sebahagian daripada murid PPKI melibatkan diri dalam aktviti ini. Murid PPKI yang terlibat iaitu Woon Kai Xin dan Lee Hae Bao. Aktiviti bermula jam 7.30 pagi dengan senam robik oleh Cikgu Wong. Larian dimulakan oleh murid tahun 1 hingga 3 bersama-sama dengan murid PPKI mengikut trek yang ditetapkan untuk murid tahap 1. Manakala trek tahap 2 adalah berbeza daripada tahap 1 dan nama murid yang menang akan diambil dan diberikan anugerah. Murid diiring oleh PPM dan diawasi sepanjang aktiviti berjalan. 









Friday 17 February 2017

Aktiviti Kelas : Memasak Mi

Aktiviti kelas yang seterusnya adalah aktiviti memasak mi. Murid telah diminta membawa sebungkus mi daripada rumah. 
Guru telah membimbing dan mengawasi murid memasak mi. Setelah siap, murid dapat merasa mi masing-masing. Murid juga mencuci mangkuk dan peralatan selepas memasak untuk melatih mereka berdikari. 



Aktiviti Kelas : Membakar Roti & Merebus Telur

Aktiviti Kemahiran Hidup kali ini, guru telah membimbing murid-murid cara membuat roti bakar menggunakan pembakar roti. Selain itu, murid juga mempelajari cara merebus telur. Menariknya, roti dan telur yang direbus ini mempunyai bentuk kartun yang diterap menggunakan acuan khas. Murid-murid berpuas hati dengan hasil aktiviti mereka kali ini. 





Wednesday 8 February 2017


SINDROM DOWN YANG PERLU KITA TAHU~


Wendy O'Carroll 



INFO MENGENAI....

Masalah Pembelajaran - Disleksia~

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.

Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.




Ia bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan,  tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.













Tuesday 7 February 2017



Mengenai kanak-kanak AUTISMA~









Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.




Aktiviti Kelas : Memasak telur 

Murid-murid PPKI, Woon Kai Xin dan Lee Hae Bao serta Vincent Foo berpeluang menggoreng telur yang dibawa sendiri dari rumah. Aktiviti ini dijalankan dibawah seliaan Cikgu Jasmine. Murid-murid dapat merasai cara menggoreng telur daripada awal hingga akhir. Murid-murid gembira dapat merasa telur goreng yang dibuat sendiri oleh mereka. 



Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017 Peringkat Sekolah SJKC Pay Chee


Pada 2 Februari 2017 yang lalu telah diadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Semua guru, murid dan staf sekolah terlibat dalam sambutan pada kali ini. Mari lihat gambar yang sempat dirakam sekitar sambutan berlangsung.


Semua murid berkumpul didewan mengikut kelas masing-masing. 

Buah limau simbolik perayaan Tahun Baru Cina yang akan diagih kepada semua warga sekolah. 


AJK PIBG sekolah.


Persembahan nyanyian lagu Tahun Baru Cina.

Pemenang pertandingan mewarna prasekolah.

AJK PIBG memberi limau dan angpau.





Gong Xi..! Gong Xi..! Xin Nian Kuai Le~