Wednesday 18 April 2018

Mini Sukan 2018

12 April telah diadakan Mini Sukan peringkat sekolah. Semua murid termasuk murid PPKI dan Prasekolah telah berjaya menjalankan mini sukan pada kali ini. Acara dimulakan dengan acara merentas desa. 3 orang murid PPKI menyertai acara ini diiringi PPM. 









Selepas acara merentas desa, murid berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing untuk acara perbarisan rumah sukan. Semua murid PPKI juga bersama-sama didalam barisan rumah sukan masing-masing. Acara dimulakan dengan perbarisan rumah sukan, nyanyian Negaraku, Lagu negeri Melaka, dan Lagu Sekolah juga ucapan Guru Besar & PIBG.














Acara diteruskan dengan sukaneka. Sukaneka disertai semua kelas murid perdana 1 hingga 6 dan PPKI serta Prasekolah. 













Seterusnya tiba acara penyampaian hadiah. Murid-murid sangat gembira dan berpuas hati dengan hadiah masing-masing. Mari lihat gelagat murid PPKI kami. 
















Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas 2018

11 April yang lalu, seorang murid telah dibawa untuk menyertai aktiviti ini. Murid Daniel,8 telah dihantar sebagai wakil pada kali ini bersama dengan seorang guru pengiring. Kejohanan ini telah diadakan di Melaka International Bowling Centre, MITC Melaka. Mari lihat gambar sekitar aktiviti berlangsung.