Wednesday 18 October 2017

Lawatan Hari Kanak-Kanak ke A Famosa Safari 2017

Pada 10 Oktober yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan satu lawatan untuk meraikan Hari Kanak-Kanak tahun 2017 di A Famosa Safari. Hari Kanak-Kanak kali ini berbeza dari tahun-tahun yang lalu. 

Semua murid PPKI tidak ketinggalan melibatkan diri dalam lawatan ini. Makluman telah diberitahu kepada ibubapa sejak seminggu sebelum tarikh membuatkan murid-murid tidak sabar untuk pergi ke A Famosa. 

Pihak sekolah menyediakan pengangkutan 5 buah bas ke sana bagi menampung jumlah murid-murid perdana, prasekolah, PPKI dan guru serta staf. 

Awal 7.15 pagi lagi semua murid telah berkumpul di dewan terbuka untuk menunggu bas tiba. 2 kelompok telah dibahagikan untuk melancarkan pergerakan lawatan. Murid-murid PPKI yang termasuk dalam kelompok kedua perlu menunggu di kelas bersama PPM dan guru. 

Jam 8.30 pagi murid PPKI menaiki bas dengan iringan PPM dan guru kelas. Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 10 minit dan sampai di pintu masuk A Famosa Safari murid-murid diberi tiket masuk. Murid-murid diiringi dan dipantau agar keselamatan sentiasa terjaga.

Mari lihat gelagat murid PPKI pada lawatan di A Famosa Safari.






Lawatan ke kawasan haiwan-haiwan liar dengan menaiki lori berpagar yang disediakan. 

Kemudian, murid berpeluang melihat persembahan dari gajah-gajah terlatih. murid juga berpeluang membeli makanan dan memberi gajah tersebut makan. 








Selepas itu, murid dibawa memasuki rumah reptilia dan burung. Selain ayam-ayam dari negara luar, murid-murid juga dapat mendekatkan diri dengan haiwan jinak yang dibiarkan bebas. 



Kemudian, murid dibawa melihat persembahan pelbagai haiwan seperti kucing, kera, tupai, dan sebagainya. 






Jamuan makan tengahari dan lawatan ke pulau monyet di jalankan pada sebelah tengahari hingga ke petang. Walaupun cuaca selepas hujan yang lebat, namun tidak menghalang murid-murid menaiki bot rakit ke pulau kecil tersebut. 








Selepas itu, murid dibawa pula ke persembahan Cowboy Town



Lawatan berakhir pada jam 3.30 petang dan murid dibawa ke pintu masuk Safari untuk menunggu bas dan pulang ke sekolah. 



Thursday 5 October 2017

Aktiviti Memasak - 

Membuat Kuih Bulan

Aktiviti PPKI yang seterusnya adalah membuat Kuih Bulan. Kuih bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada Perayaan Tanglung. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin

Aktiviti telah dijalankan pada 3 Oktober yang lalu di kelas PPKI. Cikgu Jasmine yang mengajar murid-murid PPKI cara membuat kuih bulan, menerangkan bahan-bahan yang digunakan dan langkah-langkah keselamatan semasa berada di dapur. Sebanyak lebih kurang 30 biji kuih dihasilkan oleh mereka secara bersama-sama. Kesemua kuih diberikan kepada murid-murid PPKI, Guru Besar, GPK-GPK, guru-guru dan staf sekolah.