Aktiviti Memasak -
Membuat Kuih Bulan
Aktiviti PPKI yang seterusnya adalah membuat Kuih Bulan. Kuih bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada Perayaan Tanglung. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.
Aktiviti telah dijalankan pada 3 Oktober yang lalu di kelas PPKI. Cikgu Jasmine yang mengajar murid-murid PPKI cara membuat kuih bulan, menerangkan bahan-bahan yang digunakan dan langkah-langkah keselamatan semasa berada di dapur. Sebanyak lebih kurang 30 biji kuih dihasilkan oleh mereka secara bersama-sama. Kesemua kuih diberikan kepada murid-murid PPKI, Guru Besar, GPK-GPK, guru-guru dan staf sekolah.
No comments:
Post a Comment