Sunday 13 March 2016

Lawatan ke A Famosa Water Park anjuran Rotary Club of Tampin

Bertarikh 10 Mac 2016 (Khamis) yang lalu, murid-murid PPKI SJKC Pay Chee berpeluang ke A Famosa Water Park. Ia terletak hanya kira-kira 15 minit perjalanan dari sekolah. 

Pintu masuk ke A Famosa Resort.

Murid-murid diminta datang ke sekolah seperti biasa pada hari tersebut. Jam 9.30 pagi ibubapa diminta mengambil anak masing-masing dan bertolak ke A Famosa. Lawatan diiringi seorang guru PPKI dan seorang PPM. 


Murid-murid yang sememangnya teruja untuk bermain air. Guru mendapatkan tiket masuk dan makanan untuk murid-murid. Sebelum masuk, kami diminta untuk mengambil gambar kenangan bersama pihak penganjur terlebih dahulu.

 Sebahagian keluarga yang telah sampai bergambar kenangan bersama penganjur program.


 Ramai pengunjung dari sekolah berkeperluan khas yang lain.

 Murid-murid bersama ibu masing-masing.

Kolam tarikan utama murid-murid.

 Lam Jun Kai dan Jia Wei bersama ibunya seronok bermain air. 

 Boon Yi Qin yang tak suka orang kacau dia.

 'Handsome boy' slumber pakai pelampung PPM.

Water gun tak boleh guna.  

 Vincent sudah tukar pakaian. Main air sekejap saja.

Nguan Jia Wei yang paling lama main air.

 Minum petang yang disediakan.


 Makan bersama murid PDK dari Gemas.

 Lam Jun Kai dan ibunya. 

 Ibu Boon Yi Qin, ibu dan nenek Jia Wei.

 Jia Wei dan datuknya. 

 Keluarga Vincent Foo.
 Saya terjumpa Yi Qin merayau sendirian. 



Berakhirlah lawatan kali pertama murid-murid PPKI SJKC Pay Chee. Selepas ini, lawatan ke Kampung Baru Machap. Tunggu~

Sekian~ 


Kejadian Gerhana Matahari


Pada 9 Mac yang lalu, fenomena gerhana matahari separa dapat dilihat dan disaksikan oleh semua warga SJKC Pay Chee.  Sebagaimana yang kita maklum, fenomena ini berlaku dijangka bermula 7.30 pagi dan mencapai waktu kemuncaknya pada 8.23 pagi serta berakhir kira-kira jam 9.30 pagi. 

Sebermula jam 7.45 pagi semua murid, guru dan staf telah berkumpul di kawasan lapang di sekolah. 

sumber dari beritaharian.com


Murid-murid berkumpul di kawasan sekolah bersama guru masing-masing.

 Suasana sedikit mendung apabila gerhana sudah separa penuh

 Guru besar dan guru-guru bersama-sama menyaksikan fenomena gerhana

Guru Prasekolah menggunakan car window shade untuk melihat gerhana.

  Murid-murid berpengalaman melihat sendiri gerhana matahari. 

 Disebabkan tiada kaca mata gerhana yang khas, guna pelindung cahaya matahari kereta pun jadilah~

Antara gambar yang sempat dirakam.



Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) berkata, ia adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 sebelum berpeluang menyaksikannya sekali lagi.

Sekian saja~ 

:)

Friday 4 March 2016

Projek Kolaborasi Kraftangan 1 bersama Yun House, Melaka

Latar belakang Projek 

Projek ini merupakan kolaborasi antara guru pendidikan khas dan tenaga pengajar di Yun House, Melaka untuk memberi pengalaman dalam bidang kraf tangan kepada murid-murid di sini.


Pengusaha Yun House Melaka, iaitu Puan Lye Peck Yoong, yang merupakan tenaga pengajar di pusat kraf tangan tersebut. 


Berpengalaman selama 25 tahun, beliau telah mendapat sijil-sijil kraftangan bunga dari Madoka Flower Design School, Jepun pada 1990 dan 1991. Beliau pernah mengajar kraf tangan di sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan swasta. 


Beliau juga pernah mengajar kraftangan melalui siaran akhbar selama 3 tahun di akhbar Sin Chew Jit Poh. Selain telah mendidik ramai guru dan pelajar, kini terdapat 8 orang tenaga pengajar di pusat kraf tangannya. 


Atas latar belakang pengalamannya yang luas dalam bidang kraf tangan, penyelaras projek ini bercadang untuk menjemput beliau untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak sekolah.


Projek
ini telah dimulakan untuk tahun 2016 pada bulan March iaitu pada setiap hari Isnin minggu pertama dan kedua setiap bulan.

Ia dijalankan selama 1 jam iaitu pada jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang

Untuk aktiviti kraftangan kali pertama ini, Puan Lye Peck Yoong berkongsi cara untuk membuat penanda buku. 

Tidak sukar untuk murid-murid membuatnya, dengan tunjuk ajar  dan bantuan dari Puan Lye Peck Yoong bersama alatan-alatan krafnya, sudah cukup membuatkan murid-murid berasa teruja. 

Mari lihat gambar sekitar aktiviti ini dijalankan.


Puan Lye Peck Yoong sedang menunjukkan kepada Woon Kai Xin dan yang lain-lain aktiviti yang akan dibuat pada hari tersebut. 



Beliau memberi murid-murid mencuba menggunakan penebuk kraf khas. Mudah saja, penebuk khas itu mempunyai pelbagai bentuk seperti bulatan, bujur, bentuk hati yang mengikut saiz besar atau kecil. Ia ditebukkan pada sampul angpau.



Giliran Woon Kai Xin mencuba.



'Kepala' penanda buku kita yang telah dicantumkan. Monyet. Simbol perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Untuk pengetahuan semua, bentuk yang digunakan ialah bentuk bujur untuk bahagian mulut dan hidung. Bentuk hati untuk mata. Dan bentuk bulat untuk kepala. 



Selepas itu, bentuk hati yang lebih kecil di gamkan untuk bahagian telinganya. 



Kemudian, untuk garisan mulutnya, Puan Lye menggunakan lebihan bentuk bujur atau bulat untuk mengariskan supaya garisan tidak senget atau tidak cantik.



Letak saja 2 titik untuk hidungnya. 



Lekatkan manik mata. 




Beliau sentiasa membimbing dan membantu murid-murid.



Hiasan pada kad menggunakan 'eye shadow'. 




Kad berwarna putih itu digamkan iaitu diantara bentuk bujur mulut dan bulatan kepala. Ia bertujuan untuk dikepilkan di helaian buku sebagai penanda muka surat. 



Gelagat murid-murid setelah menyiapkan kraftangan masing-masing.


Diharapkan agar projek ini dapat mengembangkan lagi potensi murid-murid berkeperluan khas dalam bidang kraftangan. 

Sekian untuk update kali ini. Jumpa lagi ~ :)