Latar belakang Projek
Projek ini merupakan kolaborasi antara guru pendidikan khas dan tenaga pengajar di Yun House, Melaka untuk memberi pengalaman dalam bidang kraf tangan kepada murid-murid di sini.
Pengusaha Yun House Melaka, iaitu Puan Lye Peck Yoong, yang merupakan tenaga pengajar di pusat kraf tangan tersebut.
Berpengalaman selama 25 tahun, beliau telah mendapat sijil-sijil kraftangan bunga dari Madoka Flower Design School, Jepun pada 1990 dan 1991. Beliau pernah mengajar kraf tangan di sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan swasta.
Beliau juga pernah mengajar kraftangan melalui siaran akhbar selama 3 tahun di akhbar Sin Chew Jit Poh. Selain telah mendidik ramai guru dan pelajar, kini terdapat 8 orang tenaga pengajar di pusat kraf tangannya.
Atas latar belakang pengalamannya yang luas dalam bidang kraf tangan, penyelaras projek ini bercadang untuk menjemput beliau untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak sekolah.
Projek ini telah dimulakan untuk tahun 2016 pada bulan March iaitu pada setiap hari Isnin minggu pertama dan kedua setiap bulan.
Ia dijalankan selama 1 jam iaitu pada jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang.
Untuk aktiviti kraftangan kali pertama ini, Puan Lye Peck Yoong berkongsi cara untuk membuat penanda buku.
Tidak sukar untuk murid-murid membuatnya, dengan tunjuk ajar dan bantuan dari Puan Lye Peck Yoong bersama alatan-alatan krafnya, sudah cukup membuatkan murid-murid berasa teruja.
Mari lihat gambar sekitar aktiviti ini dijalankan.
Puan Lye Peck Yoong sedang menunjukkan kepada Woon Kai Xin dan yang lain-lain aktiviti yang akan dibuat pada hari tersebut.
Beliau memberi murid-murid mencuba menggunakan penebuk kraf khas. Mudah saja, penebuk khas itu mempunyai pelbagai bentuk seperti bulatan, bujur, bentuk hati yang mengikut saiz besar atau kecil. Ia ditebukkan pada sampul angpau.
Giliran Woon Kai Xin mencuba.
'Kepala' penanda buku kita yang telah dicantumkan. Monyet. Simbol perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Untuk pengetahuan semua, bentuk yang digunakan ialah bentuk bujur untuk bahagian mulut dan hidung. Bentuk hati untuk mata. Dan bentuk bulat untuk kepala.
Selepas itu, bentuk hati yang lebih kecil di gamkan untuk bahagian telinganya.
Kemudian, untuk garisan mulutnya, Puan Lye menggunakan lebihan bentuk bujur atau bulat untuk mengariskan supaya garisan tidak senget atau tidak cantik.
Letak saja 2 titik untuk hidungnya.
Lekatkan manik mata.
Beliau sentiasa membimbing dan membantu murid-murid.
Hiasan pada kad menggunakan 'eye shadow'.
Kad berwarna putih itu digamkan iaitu diantara bentuk bujur mulut dan bulatan kepala. Ia bertujuan untuk dikepilkan di helaian buku sebagai penanda muka surat.
Gelagat murid-murid setelah menyiapkan kraftangan masing-masing.
Diharapkan agar projek ini dapat mengembangkan lagi potensi murid-murid berkeperluan khas dalam bidang kraftangan.
Sekian untuk update kali ini. Jumpa lagi ~ :)
No comments:
Post a Comment