Wednesday 10 February 2016

Mural Painting PPKI 2015


Memandangkan keadaan luar kelas PPKI kelihatan lama, mural nya pun semakin pudar, jadi Guru Besar dengan kerjasama PIBG sekolah bercadang untuk menukar mural PPKI. Aktiviti ini dijalankan pada cuti hujung tahun 2015 yang lalu. 

Aktiviti ini dijalankan secara gotong royong bersama guru-guru SJKC Pay Chee dan PPM PPKI. Guru Besar juga ada turut serta mewarna dinding kelas PPKI. Mari kita lihat dokumentasi gambar~


Keadaan sebelum ;




Semasa proses aktiviti ini dijalankan ;





Selepas siap melukis dan mewarna setiap karakter.





Fasa terakhir mural painting ini, iaitu menyiapkan latar belakangnya. 





Inilah muka baru kelas PPKI SJKC PAY CHEE bagi tahun 2016. Menyerlah gitu~ Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus mencantikkan kelas kami. ^_^ 

Kad Tahun Baru Cina 2016


Aktiviti Membuat Kad Tahun Baru Cina 2016

Sempena Tahun Baru Cina kali ini, guru PPKI kita Cikgu Jasmin selaku penyelaras bercadang nak buat kad hari raya. Kad-kad ini di buat oleh murid-murid dengan kreativiti masing-masing, semestinya di bawah penyeliaan Cikgu Jasmin. Kad-kad ini nanti, akan diberikan kepada semua guru di SJKC Pay Chee. Mari lihat hasilnya~


Aktiviti ini dijalankan pada 1 hingga 2 Februari 2016. 


Murid-murid menghasilkan corak buluh dengan jari tangan. 


Woon Kai Xin menggunting gambar berkaitan dengan Tahun Baru Cina



Lam Jun Kai menampal elemen-elemen Cina untuk mencantikkan dan menyempurnakan kad raya.


Kad raya yang telah disiapkan.


Hasil kreativiti guru dan murid-murid. 
Elemen cina yang diletakkan di setiap kad mencantikkan lagi kad ini. 


23 keping kad yang telah siap. Berunsurkan pokok buluh sebagai corak hadapan kad. Daun buluh dicop sahaja menggunakan getah yang telah diukir seperti daun. 

Sangat mudah dan ringkas. Apabila siap, kad nampak lebih menarik.


Kemudian, kad raya diberikan kepada Guru Besar, Puan Ng Siok Chin. 


Giliran GPK HEM Puan Lium Ee Moy pula.


GPK 1 Encik Lim Seong Chung pun tak ketinggalan.


Untuk GPK Koku juga. Encik Tan Boon Hay.


Juga kepada guru-guru yang lain. 

Murid-murid kelihatan gembira dan berpuas hati dapat menghasilkan kad raya sendiri. Tahniah diucapkan kepada guru penyelaras kerana berjaya menjalankan aktiviti sebegini~ ^_^








Aktiviti Membuat Biskut Raya Cina


Program Pendidikan Khas Integrasi
SJKC Pay Chee
Aktiviti Membuat Biskut Raya 

Tarikh :
3-5 Februari 2016

Hari :
Rabu hingga Jumaat

Objektif Aktiviti :
 1) Murid dapat menimbang kuantiti bahan yang diperlukan.
2) Murid dapat mengaul adunan 
3) Murid menyusun biskut ke dalam bekas



Mengaul marjerin bersama tepung gandum, tepung kentang dan bahan lain hingga sebati


Boon Yi Qin mencuba memicit adunan kuih ke dalam dulang pembakar


Ibu Lam Jun Kai membantu membentuk acuan biskut 


Lam Jun Kai (kiri) dan Woon Kai Xin (kanan) cuba membentuk biskut menggunakan cara lain







Serbuk koko ditambah ke dalam adunan untuk jadikan adunan sedikit berlainan


Biskut sedia di bakar menggunakan ketuhar. Suhu 150 darjah celcius selama 20 minit


Biskut kitaaaa. . .


Inilah hasil biskut yang telah siap dan dimasukkan ke dalam bekas untuk dijual di dalam sekolah. Ramai juga yang membelinya. Sebekas berharga RM15. Ada juga yang dibungkus untuk diberikan kepada semua guru dan kakitangan sekolah sebagai buah tangan sempena 
Tahun Baru Cina kali ini. 

Kami warga PPKI SJKC Pay Chee mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya. Happy New Year!!! Gong Xi- Gong Xi ~ ~