Aktiviti Membuat Kad Tahun Baru Cina 2016
Sempena Tahun Baru Cina kali ini, guru PPKI kita Cikgu Jasmin selaku penyelaras bercadang nak buat kad hari raya. Kad-kad ini di buat oleh murid-murid dengan kreativiti masing-masing, semestinya di bawah penyeliaan Cikgu Jasmin. Kad-kad ini nanti, akan diberikan kepada semua guru di SJKC Pay Chee. Mari lihat hasilnya~
Aktiviti ini dijalankan pada 1 hingga 2 Februari 2016.
Murid-murid menghasilkan corak buluh dengan jari tangan.
Woon Kai Xin menggunting gambar berkaitan dengan Tahun Baru Cina
Lam Jun Kai menampal elemen-elemen Cina untuk mencantikkan dan menyempurnakan kad raya.
Kad raya yang telah disiapkan.
Hasil kreativiti guru dan murid-murid.
Elemen cina yang diletakkan di setiap kad mencantikkan lagi kad ini.
23 keping kad yang telah siap. Berunsurkan pokok buluh sebagai corak hadapan kad. Daun buluh dicop sahaja menggunakan getah yang telah diukir seperti daun.
Sangat mudah dan ringkas. Apabila siap, kad nampak lebih menarik.
Kemudian, kad raya diberikan kepada Guru Besar, Puan Ng Siok Chin.
Giliran GPK HEM Puan Lium Ee Moy pula.
GPK 1 Encik Lim Seong Chung pun tak ketinggalan.
Untuk GPK Koku juga. Encik Tan Boon Hay.
Juga kepada guru-guru yang lain.
No comments:
Post a Comment