Thursday, 13 April 2017

Hari Sukan 

Program Pendidikan Khas Integrasi 2017

Pada 6 April yang lalu, kelas PPKI telah mengadakan beberapa acara untuk Hari Sukan peringkat Sekolah pada tahun ini. Acara dimulakan pada jam 8.30 hingga 10.30 pagi, bermula dengan pertandingan pentaque di padang sekolah dan acara larian berpagar suaian di dewan.

Murid juga dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing.  Acara dijalankan serentak bersama murid prasekolah. Manakala pada sebelah petang pula, acara sukan dijalankan untuk murid Tahun 1 hingga 6 bertempat di padang sekolah SMK Sultan Mansur Shah.

Majlis penyampaian hadiah juga dijalankan sejurus selepas habis acara. Majlis disampaikan oleh Guru Besar dan Pengerusi PIBG Sekolah. 

Senarai pemenang untuk pertandingan pentanque ialah :

 Johan - Woon Kai Xin (Rumah Hijau) 

Naib Johan - Lee Hae Bao (Rumah Biru) 

Tempat Ketiga - Ng Choon Hong ( Rumah Merah) 

Senarai pemenang untuk pertandingan larian berpagar suaian pula ialah :

 Johan - Woon Kai Xin (Rumah Hijau) 

Naib Johan - Lee Hae Bao (Rumah Biru) 

Tempat Ketiga - Ng Choon Hong ( Rumah Merah) 

Banner Hari Sukan

Pertandingan Pentaque

Murid Lee Hae Bao melontar pentaque 

Murid Woon Kai Xin melawan Ng Choon Hong

Murid Vincent Foo 

Pusingan Kedua Woon Kai Xin melawan Lee Hae Bao

Bola Pentaque.

Pertandingan Larian Berpagar 

4 orang murid kami 

Bersedia untuk majlis penyampaian hadiah.

Pemenang pertandingan larian berpagar suaian.

Pemenang Pertandingan Pentaque.




No comments:

Post a Comment