Thursday, 20 April 2017

Program Inklusif Terapi Pergerakan Kreatif Murid Berkeperluan Khas Peringkat Negeri Melaka 

Kemuncak Program Inklusif Terapi Pergerakan Kreatif diadakan pada 20 April 2017 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Negeri Melaka YAB Dato' Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Harun. 

Murid Woon Kai Xin dan Ng Choon Hong telah menyertai program pada kali ini. Murid diiringi oleh Cikgu Jasmin dan PPM. 

Murid mula berkumpul bermula jam 9 pagi di Dewan SMK Kampung Gelam. Setelah 3 kali latihan dijalankan iaitu pada 23 Februari, 16 Mac, 18 April dan 20 April merupakan majlis pelancarannya. 

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan dan Lagu Melaka Maju Jaya. Sejurus bacaan doa, ucapan aluan YBhg Tuan Haji Abu Bakar Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka dan menyusul pula ucapan daripada Tan Sri Prof. Dr Abdul Latif Pengerusi ISMMA. Seterusnya ucapan perasmian oleh Ketua Menteri Negeri Melaka YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Harun. 


Acara gimik MBK dipersembahkan pembawa bendera oleh murid berkerusi roda di laluan tengah dewan untuk menyerahkan bendera Malaysia kepada YAB Ketua Menteri. 


Setelah itu bermulalah acara pergerakan kreatif oleh semua murid yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. 
Semua murid memberikan sokongan dan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung. 










No comments:

Post a Comment