Hari Perpisahan Tahun 6 & Penyampaian Hadiah
Pada 23 November yang lalu, sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan murid Tahun 6 dan Penyampaian Hadiah Akhir Tahun murid-murid perdana. Murid Prasekolah juga turut menerima sijil dengan memakai jubah konvokesyen mereka. Majlis bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari. Murid PPKI juga tidak terkecuali. Boon Yi Qin dan Nguan Jia Wei masing-masing akan menamatkan persekolahan mereka dan akan memasuki Tingkatan 1 di sekolah lain yang berasingan. Selain itu, Lam Jun Kai juga akan berpindah. Mari lihat gambar sekitar majlis berlangsung.
Murid Tahun 6 bergambar bersama Guru Besar & AJK PIBG |
Persembahan nyanyian Murid tahun 6 |
Tak sangka Nguan Jia Wei memberi komitmen sepenuhnya semasa bersalaman dengan semua warga sekolah. |
Boon Yi Qin dan Nguan Jia Wei bersama ibu mereka. |
Tak terkecuali bersalaman dengan murid tahun 4 dan 5. |
Yi Qin sempat tengok kamera. |
Walaupun tak sempat hadiri reheasel, Jia Wei masih boleh sertai persembahan dengan baik. |
Woon Kai Xin, Nguan Jia Wei & Boon Yi Qin menerima hadiah masing-masing.Seperti sedia maklum, Lam Jun Kai juga akan berpindah ke sekolah di Singapura kerana keluarganya akan berpindah dan menetap di sana. Ibunya telah menyediakan Birthday-Farewell Party untuknya di kelas PPKI. Dia kelihatan sangat gembira & teruja. Kami berfikir, tahun 2017 tanpa Lam Jun Kai, tenang atau sunyi? Jawapannya hanya kami yang tahu. Hehehe~Semoga tahun 2016 membawa sejuta kenangan untuk semua murid dan guru PPKI. :) |
No comments:
Post a Comment