Lawatan ke SJKC Machap Umboo~
30 Mac yang lepas, kelas PPKI SJKC Pay Chee telah berkunjung ke SJKC Machap Umboo untuk melawat kelas Pendidikan Khas Integrasi di sana.
Lawatan ini disertai oleh murid-murid PPKI bersama ibu masing-masing yang diiringi Guru Penyelaras Cikgu Chan Jia Min dan Cikgu Tan Chai Kean serta PPM. Guru besar, Puan Ng Siok Chin juga berkesempatan meluangkan masa menyertai lawatan ini.
Perjalanan selama 40 minit berjalan lancar. Setibanya di bangunan PPKI SJKC Machap Umboo, kami disambut oleh Guru Penyelarasnya Encik Kuek Chin Koon dan Cik Pang Chia Min serta 2 orang PPM iaitu Encik Faiz dan Cik Syasya.
 |
Kedatangan kami disambut oleh Penyelaras En.Kuek Chin Koon dan murid-muridnya. |
Kelas PPKI ini mempunyai sebuah bangunan 4 buah bilik darjah,2 bilik mandi, 2 tandas dan sebuah bilik masakan. Amat selesa dan berupaya memenuhi keperluan muri-murid disini. Antara masalah pembelajaran yang ada di sini ialah slow leaner, autism, hyperactive (adhd), syndrome down, dan cruzon syndrome.
 |
Nguan Jia Wei dan rakan-rakan Machap Umboo. |
Apa yang menariknya tentang PPKI SJKC Machap Umboo ini ialah ia mempunyai bilik darjah yang kondusif, sudut rancangan pendidikan dan mini perpustakaannya sendiri. Malah mereka juga memiliki sebuah bilik terapi sensori.
 |
Bilik Terapi Sensori |
 |
Penerangan diberikan oleh Penyelaras. |
 |
Murid-murid tidak melepaskan peluang mencuba peralatan yang ada. |
 |
Jamuan yang disediakan oleh ibubapa SJKC Machap Umboo. |
 |
Pn Ng Siok Chin menyerahkan cenderahati sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima lawatan dari kami. |
 |
Gambar kenangan daripada kesemua murid dan guru kedua-dua buah sekolah. |
Ribuan terima kasih diucapkan kepada PPKI SJKC Machap Umboo kerana telah menerima lawatan daripada kami. Diharapkan agar PPKI SJKC Pay Chee dan SJKC Machap Umboo dapat bersama-sama melahirkan insan istimewa yang berguna kepada negara.
No comments:
Post a Comment