Thursday, 17 August 2017

Lawatan Sambil Belajar PPKI Ke Pasar Awam Pulau Sebang.

Pada 16 Ogos 2017, satu lawatan sambil belajar telah diadakan. Murid-murid dibawa ke Pasar Awam Pulau Sebang yang berdekatan dengan sekolah pada jam 8 hingga 9 pagi. Dengan hanya berjalan kaki 10 minit, 2 orang guru dan 1 orang PPM mengiringi 5 orang murid. Semua murid telah diminta membawa wang RM 5 dan diminta membeli barang yang telah disenaraikan oleh guru. Murid juga diminta membuat pembelian dan pembayaran. Murid juga dapat mengenal barang yang dibeli dan harga yang perlu dibayar. Lawatan berjalan lancar dan murid gembira.














No comments:

Post a Comment