Tuesday 15 May 2018

Kids Athletics


Pada 26 April 2018 yang lalu, PPKI SJKC Pay Chee telah dijemput untuk menyertai sebuah program dibawah anjuran The International Association of Athletics Federations (IAAF) sejak 1912. Sukan ini terbuka kepada murid berumur 7 hingga 10 tahun. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Sebang, Alor Gajah, 5 orang murid telah berjaya menyertai program ini. Bentuk program ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menyediakan bentuk latihan dan alatan yang selamat, teratur dan boleh mengelakkan daripada kecederaan. Program berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. 




Sebagai objektifnya, sukan ini dapat menarik minat murid berkeperluan khas (MBK) dalam acara sukan olahraga. Membentuk keyakinan dan jati diri MBK dalam melaksanakan semua aktiviti stesen dan memupuk semangat setia kawan MBK dalam kumpulan. 















No comments:

Post a Comment