Pada 28 Mei 2018 yang lalu, murid PPKI SJKC Pay Chee telah dijemput menyertai sebuah program anjuran Unit Pendidikan Khas JPN Melaka bersama PPKI SJKT Melaka Kubu.
Murid PPKI seramai 5 orang bersama seorang guru pengiring dan seorang PPM telah bersama-sama menghadiri program ini. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Nyayian Lagu Negaraku dan Negeri Melaka, aktiviti mewarna secara berkumpulan, aktiviti menyusun puzzle, aktiviti melipat baju T, dan aktiviti musical chair.
Kesemua murid dari seluruh zon di Melaka telah bersama-sama menjalankan semua aktiviti dengan jayanya. Mari lihat gambar sekitar program berlangsung.
No comments:
Post a Comment